- England adalah sebuah negara berkerajaan di mana London sebagai ibu negaranya.
- Britain (atau Great Britain) adalah sebuah pulau yang terdiri daripada England, Wales, dan Scotland.
- United Kingdom pula adalah kesatuan negara-negara yang terdiri daripada England, Wales, Scotland dan Ireland Utara (atau Britain + Ireland Utara)
Tuesday, January 29, 2013
Apa bezanya United Kingdom dan Britain?
Tuesday, January 22, 2013
Listen!Listen!Listen! Kompilasi parodi dan internet meme tentang isu Forum Mahasiswa di UUM
"Dance remix: Listen! Listen! When I Speak, Listen!" Lagu yang catchy~
Logitech Malaysia
Internet meme:
Sunday, January 13, 2013
Rancangan Penempatan Manusia di Marikh
Kerana diriku begitu berharga.... (Bahagian 1)
Friday, January 11, 2013
Kemalangan teruk di Ayer Tawar
Baru sahaja dapat berita berlaku kemalangan teruk di Ayer Tawar 11.30 pagi tadi. Punca berlaku kemalangan adalah akibat kecuaian pegawai JPJ yang mengejar sebuah lori dan tetiba memberhentikan kereta mereka di hadapan lori tersebut. Akibat dari itu, lori tersebut terpaksa membuat brek kecemasan dan berlakulah banyak kemalangan dan ramai yang tercedera. 9 kemalangan melibatkan lori, bas sekolah, kereta, motorsikal dan juga basikal. Dengar khabar terdapat dua orang budak sekolah meninggal dan seorang penunggang basikal juga mati.
Marah dengan tindakan anggota JPJ terbabit, orang ramai terus terbalikkan kereta JPJ tersebut. Huu padan muka! tak pasal-pasal ada orang mati sebab nak tunjuk terer..dia nak buat macam dalam filem tapi tengoklah hasilnya...ish ish ish. Harap anggota tersebut meminta maaf kepada ahli keluarga mangsa.
Marah dengan tindakan anggota JPJ terbabit, orang ramai terus terbalikkan kereta JPJ tersebut. Huu padan muka! tak pasal-pasal ada orang mati sebab nak tunjuk terer..dia nak buat macam dalam filem tapi tengoklah hasilnya...ish ish ish. Harap anggota tersebut meminta maaf kepada ahli keluarga mangsa.
Komen daripada mereka.
Ayer Tawar Main Road, T-juction traffic light, beside MES School during rush hour 11.30am. Is due to man made accident (JPJ) involve 9 accident and many injured.
Angry workers, friends, familys and relatives overturn the JPJ car. Will it made headline in tomorrow newspaper? Aggresive JPJ driver should made apologize to dead family.
our transport minister will cover up for them, they will not be in feeling of guilty of causing such accident.
This is not the first case JPJ drive recklessly, they been chasing loaded or unloaded lorry like chasing criminal in Port Klang.
a school child died lah...jpj punya pasal
GREAT! Really great! I guess tomorrow the authority will blame all the cars involved in accident for driving too fast and too near to each other on a busy road, that's why accident, and not the fault of JPJ officers/driver. Terrible....
2 student(school Bus) were death from this accident, current enforcement officer nvr think of others user safety at all
that bloody JPJ SUV just cut in front of the lorry ..(bcoz suspected overloading)...the lorry had to stopped suddenly...as many vehicles are following the lorry...many could not stop in time or skidded sideway...a few school buses were also at the back of the lorry.
Sumber : Jasworld Lim
Gambar sekitar tempat kejadian.
Thursday, January 10, 2013
Kek Coklat tanpa Telur
- Griskan loyang/baking tin (sapu butter/ majerin/ minyak)... Taburkan tepung sikit... Sambil2 tu, panaskan oven 180C selama 10 minit...
- Kacau bahan2 kering (tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko, soda bikarbonat, serbuk penaik) dalam satu bekas...
- Masukkan garam dan gula... Kacau lagi...
- Masukkan esen vanila, cuka, minyak dan air... Kacau lagi sampai pekat...
- Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 30 minit...
Cara nak buat coating kek:
- Campurkan dan kacau ketiga-tiga bahan dan panaskan bahan2 guna cara double boiler... Kacau bahan2 tu sampai jadi pekat... Masa masih suam-suam lagi, tuang atas kek... Pastikan kek tu dah sejuk masa tuang coating...
Mudah je, kan? Owh, nak bagitau, untuk kali ni gambar tak ada... Lain kali aku buat kek, InsyaAllah aku upload gambar, ok! Selamat mencuba dan good luck! ;)
Tuesday, January 8, 2013
Fakta menarik tentang Diabetes
Hari ini nak berkongsi sedikit pengetahuan tentang diabetes. Sebabnya animeaddict, masa balik Melaka waktu cuti Krismas / tahun baru ni, makan banyak sangat dekat rumah sebab mak masak kaw-kaw punya... huhu... berat badan pun bertambah! Jadi, ini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga para pembaca... huhu...
Diabetes atau nama tempatannya, penyakit kencing manis, adalah keadaan di mana tahap gula dalam darah lebih tinggi dari normal. Ini berlaku apabila pankreas gagal menghasilkan hormon insulin yang diperlukan untuk membawa glucose (gula) ke dalam sel badan untuk menghasilkan tenaga. Diabetes yang berlarutan boleh membawa masalah besar seperti sakit jantung, strok, kerosakan mata, buah pinggang atau sendi.
Malahan, diabetes juga kadangkala boleh menyebabkan tangan atau kaki pesakit terpaksa dipotong.
Mungkin bagi orang-orang yang sihat, penyakit diabetes dipandang ringan, tapi tahukah anda statistik menunjukkan bilangan pesakit diabetes di Malaysia meningkat saban tahun. World Health Organization (WHO) meletakkan Malaysia di tangga ke-10 untuk penghidap diabetes paling ramai di dunia. Satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes!
- Jenis 1 (Insulin-dependent diabetes melitus) - Badan pesakit tidak boleh menghasilkan insulin secara semulajadi. Sebab utama Jenis 1 adalah genetik. Ianya selalu berlaku kepada kanak-kanak dan remaja (bawah 40tahun). Penghidap diabetes Jenis 1 mesti mengambil insulin secara suntikan.
- Jenis 2 (Non-insulin-dependent diabetes melitus) - Jenis 2 adalah yang sering ditemui di kalangan penghidap diabetes (85%-90%). Insulin dihasilkan dalam badan pesakit, tetapi tidak befungsi secara optimum akibat faktor-faktor seperti obesiti, stress, darah tinggi dan pemakanan tak seimbang. Peluang untuk menghidap Jenis 2 diebetes meningkat apabila usia menigkat. Selalunya, pesakit akan diberi ubat yang sesuai dan perlu mengikut diet tertentu.
- Gestational diabetes melitus (GDM) - Selalunya berlaku kepada wanita mengandung di mana badan pesakit tidak boleh menerima karbohidrat (carbohydrate-intolerance). Selalunya, keadaan pesakit kembali normal selepas bersalin.
- kabur penglihatan
- cepat marah
- penurunan berat badan yang luar biasa
- rasa lapar yang luar biasa
- sering buang air kecil
- rasa haus yang luar biasa
- letih
- otot lemah
- luka yang lambat sembuh
- gatal terutama di bahagian kelangkang dan kemaluan
- rasa kebas
Begitulah serba-sedikit fakta mengenai diabetes. Seperti penyakit-penyakit lain, diabetes boleh dicegah! Bak pepatah orang putih, 'prevention is better than cure'. Cegah sebelum kena. Jangan dah kena baru nak kecoh. Ramai yang saya dengar dari mulut mereka sendiri, "Alah, kalau sakit makanlah ubat." Jangan begitu, cuba fikir sejenak, bila kita sudah sakit bukan kita sahaja yang susah, malah keluarga kita pun turut susah sebab terpaksa menjaga kita. Belum dikira kos perubatan lagi. Bukan sahaja menzalimi diri sendiri, malahan orang lain pun kita nak zalimi juga. Daripada kita bazirkan duit untuk ubat, bukankah lebih baik duit itu disimpan untuk masa depan anak-anak atau keluarga? Ada faedahnya. Kesimpulannya, jagalah pemakanan, amalkan senaman dan gaya hidup yang sihat ya!
Prank selebriti palsu
Kelakar ada. Sedih pun ada! animeaddict terjumpa video ni di youtube tentang satu eksperimen sosial bagaimana orang boleh percaya tentang sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti hanya kerana populariti.
Seorang lelaki menyamar sebagai seorang "selebriti" dengan memakai pakaian yang cantik, mengupah beberapa orang untuk menyamar sebagai "pegawai keselamatan peribadi" dan "paparazzi".
Apabila ditanya kepada "peminat-peminat" yang berpusu-pusu ingin bergambar, adakah mereka kenal "selebriti" ini, semuanya mengaku ya. Ada yang mengatakan "selebriti" itu seorang aktor filem terkenal, ada pula yang mendakwa dia seorang penyanyi popular (kelakar sungguh!). Selebriti palsu ini berjaya menipu orang ramai sehingga menimbulkan kekecohan di sepanjang jalan New york.
Pengajarannya, janganlah percaya / mengikut sesuatu hanya kerana ianya popular atau in-trend. Fikir dan selidiklah dahulu samada ianya betul dan bermanfaat atau sebaliknya. =D
Saturday, January 5, 2013
Kerana Dia Seorang Ayah..
Hari ni aku nak kongsikan cerita sedih dari facebook. Jom sama-sama kita hayati kisah benar tersebut.
KERANA DIA SEORANG AYAH
[Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian]
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak air mukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibu bapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
oleh: Hamba Allah
Nota hati : Sedihnya...tetiba teringat zaman muda-muda dulu. Selalu gak aku masam muka bila tak dapat sesuatu..macam duit tu senang je nak dapat..tapi sekarang aku dah mengerti penat lelah nak cari duit sendiri. Maafkan saya mak, ayah..terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan karenah anakmu ini. :'(
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.