Tahukah anda bahawa hari ini, 1 Februari 2013, adalah Hari Berhijab Sedunia (World Hijab Day)?
Hari Berhijab Sedunia diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang tanggapan negatif Hijab dan mengapa wanita Muslim memakainya. Pada hari ini, wanita Muslim (tidak bertudung) dan bukan Muslim diajak untuk memakai hijab (untuk sehari) supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman memakai hijab.
Ianya diasaskan oleh seorang wanita bernama Nazma Khan dari New York. Semasa kecil, beliau menjadi bahan usikan rakan-rakan kerana beliau seorang sahaja yang memakai hijab di sekolah. Beliau dipanggil 'Batman' dan 'ninja' oleh rakan-rakan.
"I figured the only way to end discrimination if we ask our fellow sisters to experience Hijab themselves" - Nazma Khan
"Saya rasa cara terbaik untuk menangani diskriminasi (terhadap wanita berhijab) adalah dengan mengajak mereka merasai Hijab itu sendiri"
No comments:
Post a Comment
Please feel free to leave your comments, questions, and suggestions.