Showing posts with label OPPS Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label OPPS Isu Semasa. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Hari Berhijab Sedunia



Tahukah anda bahawa hari ini, 1 Februari 2013, adalah Hari Berhijab Sedunia (World Hijab Day)?

Hari Berhijab Sedunia diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang tanggapan negatif Hijab dan mengapa wanita Muslim memakainya. Pada hari ini, wanita Muslim (tidak bertudung) dan bukan Muslim diajak untuk memakai hijab (untuk sehari) supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman memakai hijab. 

Ianya diasaskan oleh seorang wanita bernama Nazma Khan dari New York. Semasa kecil, beliau menjadi bahan usikan rakan-rakan kerana beliau seorang sahaja yang memakai hijab di sekolah. Beliau dipanggil 'Batman' dan 'ninja' oleh rakan-rakan. 
"I figured the only way to end discrimination if we ask our fellow sisters to experience Hijab themselves"  - Nazma Khan
"Saya rasa cara terbaik untuk menangani diskriminasi (terhadap wanita berhijab) adalah dengan mengajak mereka merasai Hijab itu sendiri"  

Video promosi Hari Berhijab Sedunia


Maklumat lanjut tentang World Hijab Day : 
  • http://www.facebook.com/WorldHijabDay
  • http://www.worldhijabday.com/

 sumber: Hijab for a day

Tuesday, January 22, 2013

Listen!Listen!Listen! Kompilasi parodi dan internet meme tentang isu Forum Mahasiswa di UUM

Baru-baru ni heboh satu negara berkenaan isu seorang panelis, Sharifah Zohra Jabeen yang meperlekehkan dan menghalang seorang pelajar, Bawani KS, untuk bertanya soalan semasa  di Forum Mahasiswa yang diadakan di UUM. Rasanya semua pernah menonton video youtube bertajuk 'Forum Suara Mahasiswa Part 4'. Isu berkenaan menjadi overnight sensation di Facebook dan media sosial lain yang mengundang debat dan persoalan di kalangan rakyat Malaysia. 

Malas animeaddict mahu megulas panjang isu ini. Nanti sampai ke esok tak habis. Tapi, animeaddict amat suka bagaimana rakyat Malaysia menjadikan satu isu yang serius kepada sesuatu yang kelakar dan penuh dengan humorBak kata orang putih "at least we have something to laugh about". Kreatif betul mereka semua. Enjoy~

Video parodi:

"Dance remix: Listen! Listen! When I Speak, Listen!" Lagu yang catchy~


"Listen | Beyonce feat. Sharifah Zohra Jabeen" Haha... parodi berdasarkan lagu popular Beyonce. Popular sungguh Sharifah Zohra ni sampai berduet dengan Beyonce. Kuikuikui

"009 Listen" oleh artis youtube terkenal Namewee. Kandungan video ini agak sinis dan penuh sindiran tapi tetap menghiburkan. 
 
"Parodi Forum Suara Mahasiswa" oleh Matluthfi90. Ni favourite animeaddict. Kelakar sungguh. Tetapi soalan yang dilontarkan di akhir video amat menyakitkan tetapi benar.

Kumpulan pelawak terkenal Boboi juga turut serta! Lawak listen!listen!listen! mereka semasa Maharaja Lawak final buat animeaddict ketawa sampai sakit perut!
Iklan parodi: 

Digi
 Yes 4G
 Nando's

Logitech Malaysia

Internet meme:





Friday, December 21, 2012

Dunia Kiamat pada 21/12/2012???

(gambar dari: http://www.2012ask.com)

Smart kan gambar di atas? Hehehe... Daripada gambar tu pun korang boleh agak apa yang kami nak cerita kat sini... Kami akan cuba bongkarkan cerita tentang "hari Kiamat" yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu yang terpengaruh dengan kalendar bangsa Maya/Mayan... berdasarkan pendapat & pandangan kami...

Kami rasa la kan... Mesti ada orang yang dah persiapkan diri untuk menghadapi hari kiamat yang err... MUNGKIN akan jadi kenyataan... Tapi... Betul ke ramalan bangsa Mayan tu?? 

Siapa bangsa Mayan ni?

Al-Kisah... Mereka ni dikatakan antara orang yang hebat ilmunya dalam bidang Astrology dan Matematik yang mana mereka ni ada buat sistem kalendar khas yang dikatakan lebih tepat dari kalendar Gregorian (masihi) yang kita guna sekarang ni... Dan kalendar yang tepat ini dikatakan berakhir pada 21/12/2012... Dan ramai lah yang percaya bahawa dunia akan berakhir pada tarikh tu...

Ramalan Nostradamus...

Nostradamus terkenal dengan ramalan yang dikatakan tepat dan sering menjadi kenyataan. antara ramalannya yang dikatakan menjadi kenyataan adalah mengenai revolusi Perancis, Kebakaran di London, Kematian Puteri Diana, Kematian F Kennedy, Pengeboman Nagasaki, dan serangan 11 September di New York.

Ramalannya yang kecoh diperkatakan sempena 21/12/2012 dikaitkan dengan video klip Gangnam Style nyanyian Psy. Ramalannya berbunyi: "From the calm morning, the end will come when of the dancing horse, the number of circles will be nine." 

From the calm morning di tafsirkan sebagai Korea Selatan, dancing horse... hmm...korang pun mesti tahu maksud dancing horse tu adalah tarian yang dipopularkan oleh Psy... the number of circles will be nine... Haa... Yang ni dikaitkan dengan jumlah penonton video klip lagu tu... Sekarang ni, jumlah penonton video klip tu 990,903,269... Kalau jumlah penonton mencecah 1 bilion (1,000,000,000), masa tu la kiamat akan berlaku... sebab jumlah kosong ade 9... (the number of circles will be nine)

Macam-macam...

Dalam kekalutan menghadapi kiamat ni... seorang petani di China membina 7 bola gergasi yang didakwanya mampu menyelamatkan dirinya apabila dunia musnah...

Manakala, sekumpulan orang yang percaya kepada makhluk asing dikatakan pergi ke kawasan hutan/pergunungan untuk meminta bantuan daripada angkasa lepas bagi menyelamatkan diri mereka jika kiamat berlaku...

Di tengah-tengah kegilaan dunia yang kononnya sedia mendepani 21/12/2012, masyarakat keturunan Mayan di Semenanjung Yucatan, Mexico pula langsung tidak peduli tentang ramalan nenek moyang mereka. Mereka tetap menjalani kehidupan seharian mereka seperti biasa.. 

Kesimpulan kami...

Seperti yang ditulis di atas... Orang keturunan Mayan sendiri pun tak percaya... Tentang ramalan Nostradamus tu... kalau difikirkan tentang peristiwa 11 September, ada yang mengatakan peristiwa ni berkaitan dengan orang dalam... Bila difikir-fikirkan lagi... Mungkin setiap ramalan beliau yang jadi kenyataan tu semuanya berkaitan dengan orang dalam yang nak realisasikan ramalan tu... (pendapat kami la...)
 
Apa-apa pun, ajal maut semuanya Allah dah tetapkan... Jadi, kepada mereka-mereka yang taksub sangat; percaya kepada perkara yang tak sahih ni... Larilah dan pulanglah... Larilah daripada perkara yang mungkin menyebabkan akidah anda terpesong dan pulanglah ke jalan yang benar... huhuhu... Kiamat tu rahsia Allah... Dalam Al-Quran pun ada disebut:

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat ituadalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Al-A'raf: 187) 

Jadi... daripada kita dok fikir & hitung bila tarikh kiamat, kita sebagai hambaNya wajib beriman (percaya) kepada hari kiamat dan hendaklah kita persiapkan diri kita dengan amalan-amalan yang secukupnya... By doing this, you've got nothing to lose... Tak gitu??

Rujukan:
  1. Surat khabar Harian metro 20/12/2012.
  2. http://www.2012ask.com
  3. http://ekhutbah.wordpress.com/2011/12/31/pandangan-islam-terhadap-ramalan-qiamat-2012

Sunday, December 16, 2012

Tembakan di Sandy Hook Elementary School, Newtown, Connecticut

I love you mom, I am happy and well. Sorry for not being a good son and not being happy if I ever was. I love you in heaven - Brian


Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kes tembakan yang berlaku di sebuah sekolah rendah yang terletak di Newtown, Connecticut. Seorang lelaki berusia 24 tahun, Adam Lanza, membunuh dirinya selepas melepaskan tembakan rambang menyebabkan 20 kanak-kanak (8-10thn) dan 6 guru terbunuh. Nauzubillah.... Macam-macam dunia akhir zaman ni. Tak terbayang bagaimana seorang dewasa (yang berakal?) boleh melepaskan tembakan terhadap kanak-kanak.
Serba sedikit info pasal kejadian. Sumber dari Time
  • Apabila tembakan pertama kedengaran kira-kira 9:30pg, guru-guru segera mengambil tindakan "lock-down" kelas masing-masing. Ada guru yang menyuruh kanak-kanak untuk bersembunyi dalam almari dan kabinet. 
  • Adam Lanza membunuh ibunya (seorang guru tadika) sendiri di rumah mereka pada pagi itu, sebelum menyerang Sandy Hook School.
  • 18 kanak-kanak dilaporkan mati di tempat kejadian, manakala 2 lagi mati di hospital. Kesemua 6 orang guru mati di tempat kejadian.
  • Kejadian di Sandy Hook Elementary School adalah yang kedua terburuk dalam sejarah serangan di sekolah di America selepas kejadian Virginia Tech 2007 (32 mangsa)
  • President Obama menangis ketika memberi ucapan mengenai kejadian tersebut, menyebut mangsa sebagai "beautiful little kids" who "had their entire lives ahead of them: birthdays, graduation, weddings, kids of their own." Beliau juga mengarahkan semua bangunan kerajaan mengibarkan bendera separuh tiang untuk mengingati mangsa 
Semoga ibu-bapa mangsa tabah menghadapi dugaan. Krismas tahun ini pasti sedih bagi mereka kerana tidak dapat melihat keriangan anak-anak membuka hadiah.  

Saturday, December 15, 2012

Demonstrasi Pekerja CIMB Di Bangunan CIMB (Depan SOGO)


Pagi tadi pekerja CIMB berdemo tuntut hak dan bidas pengerusi CIMB. Anda boleh melihat sendiri video mereka.

 

Sumber : Kami Boikot Buletin Utama TV3

Cerita di pasal apa??
Okay meh nak habaq..

Menurut page Nube Malaysia..

(English & Malay Version)
MALAYSIAN ARE MADE SLAVES BY CIMB BANK 
J Solomon,

Hamidah Naziadin, Head of CIMB Group Corporate Resources, many a times emphasized she values her relationship with NUBE and wants to work with NUBE in the larger interest of CIMB Bank employees. But, when we witnessed Hamidah raving mad about CIMB HR policies in her speech to Young Corporate Malaysians; the whole hypocrisy behind the personality emerged. 

Powered by Blogger.