Showing posts with label OPPS Cerpen / Cerita. Show all posts
Showing posts with label OPPS Cerpen / Cerita. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

Kerana diriku begitu berharga.... (Bahagian 1)


Watak dalam cerita ini adalah rekaan sahaja. Mungkin ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sebab cerita ini adalah realiti masa kini. =)
****

Tidurku terganggu. Aku lihat jam di dinding, "Ish... Baru pukul 3.00 pagi. Siapa pulak yang telefon pagi-pagi buta ni..."

Telefon yang kuletakkan di bawah bantal kucapai malas. Dalam keadaan mamai, kulihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku. "Hmm... Nombor yang tak dikenali..." bisikku. "Nak angkat ke tak? Nak angkat ke tak?..."

Dek kerana suasana yang sunyi dan nada deringan telefonku yang agak kuat, kuangkat juga. Bimbang bunyi itu mengganggu lena kakakku yang sebilik denganku.

"Hello...?"

"Hello, Assalamu'alaikum..." Suara seorang lelaki kedengaran.

"Wa'alaikumussalam...," jawabku teragak-agak. Yelah.. Biasanya.. Kalau lelaki beri salam, bila dijawab, dikatakan gatal.. Kalau tak jawab pula dikatakan berdosa! Ya... Aku pesimis, namun, itulah perkara yang sering berlaku.. Dan soalan seterusnya boleh ku agak (sebab dah beberapa kali perkara seperti ini berlaku).

"Ni kat mana?" Haa... memang tepat jangkaanku...

"Pahang." jawabku pendek.

"Err, ni siapa?" tanyanya lagi.

"Along."

"Siapa? Along?"

"Iya..."

"Tengah buat apa?" 

Aik... Sengaja buat aku bengang ke? Takkan tak tahu pukul 3.00 pagi orang buat apa... Dapat kurasakan telingaku panas (sebab aku bukanlah seorang yang sangat penyabar orangnya... Lebih-lebih lagi jika aku dikejutkan pada waktu aku sedang enak tidur..)

Ingin saja kujawab, "Tak ada kerja lain ke telefon orang pagi-pagi buta ni hanya sebab nak tanya tengah buat apa? Mestilah orang tengah tidur!" Namun, kutahan marahku dan kujawab sesopan mungkin, namun acuh tak acuh. "Tengah tidur."

"Ohh..." Boleh pulak dia jawab macam tu. Macam tak rasa bersalah langsung. "Err... awak ni sekolah lagi ke?" Dia  bertanya lagi. 

Astaghfirullahal 'azim.... Alahai... Normal ke tak mamat ni.. Tak faham ke orang tak nak layan dia.. Nak tidurrr....

"Saya dah tak sekolah."

"Kerja ke?"

"Lebih kurang macam tu lah." Semakin acuh tak acuh jawapanku.

"Ohh... Err...  tadi tengah buat apa?" Seolah-olah tidak percaya dengan jawapan yang telah kuberikan tadi untuk soalan yang sama. 

Astaghfirullahal 'azim... A'uzubillahi minasshaithonir rajimmm... Marahku semakin memuncak. Dah lah kacau orang tengah tidur. Tadi dah tanya. Ni tanya lagi. Memang mamat ni tak faham bahasa. 

"Tengah tidurlah!" Tiada lagi kesopanan dalam nada suaraku. Yang ada cuma harapan. Ya... Harapan.. Supaya dia hentikan bertanya soalan dan benarkan aku sambung semula tidurku.

"Ohh... Ok.. Ok... Sori kacau... Nak tidur ke?"

Terus kutekan butang tamatkan panggilan lalu kumatikan telefon bimbitku. Biarlah. Apa nak jadi pun, jadilah. Baik aku tidur daripada layan panggilan seperti itu lagi.

Pagi itu aku bangun dalam keadaan yang kurang ceria dan separuh mood ku hilang. "Ni semua gara-gara mamat tu la!"

Kuhidupkan telefon bimbitku dan... Alhamdulillah.. Fuhh!! Lega... Tak ada panggilan susulan mahupun pesanan ringkas dari lelaki yang menelefonku malam (atau pagi?) tadi. Namun, kelegaanku cuma sebentar.  Apakah mungkin tidurku malam nanti akan terganggu lagi?..... 

BERSAMBUNG...

Saturday, January 5, 2013

Kerana Dia Seorang Ayah..

Hari ni aku nak kongsikan cerita sedih dari facebook. Jom sama-sama kita hayati kisah benar tersebut. 

KERANA DIA SEORANG AYAH 
[Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian] 

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain. 


Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya. 


"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan. 


Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak air mukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya. 


Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibu bapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin... 

oleh: Hamba Allah


Nota hati : Sedihnya...tetiba teringat zaman muda-muda dulu. Selalu gak aku masam muka bila tak dapat sesuatu..macam duit tu senang je nak dapat..tapi sekarang aku dah mengerti penat lelah nak cari duit sendiri. Maafkan saya mak, ayah..terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan karenah anakmu ini. :'(

Powered by Blogger.