Showing posts with label OPPS Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label OPPS Kesihatan. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

MENGENAL DEPRESI BAHAGIAN 1 : SIMPTOM-SIMPTOM DEPRESI

Apa khabar semua? Diharap anda semua sihat-sihat belaka. Info yang ingin sekali kami kongsi kali ini adalah berkaitan isu kesihatan iaitu DEPRESI. 
Kenapa DEPRESI? Kenapa tidak isu lain? 
Untuk pengetahuan anda semua, DEPRESI adalah isu yang sangat kritikal dekad ini. Kita sering memandang ringan akan hal ini. Tetapi tahukah anda, depresi yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan banyak masalah lain. Lihat sahaja di dada akhbar, kaca televisyen, corong radio, di internet mahupun sembang-sembang kosong di warung tepi jalan, pasti ada sahaja isu mengenai kesihatan, keruntuhan rumah-tangga, keganasan, jenayah, termasuklah perilaku-perilaku yang di luar batas normal manusia akan diperkatakan SETIAP HARI. Dan adakah anda tahu bahawa isu-isu ini saling berkait rapat dengan depresi? Dengan erti kata lain, DEPRESI adalah antara penyumbang TERBESAR kepada isu-isu yang saya sebutkan tadi. Tak percaya? Anda boleh rujuk sendiri kepada doktor atau pakar-pakar yang berkaitan.

Tujuan kami membawa topik Depresi untuk pos kali ini adalah untuk membangkitkan kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya Depresi dan pentingnya untuk kita mengenal dan merawat penyakit yang semakin beRaja dalam diri masyarakat sekeliling kita. 

Pertama sekali, mari kita terlebih dahulu mengenal apa itu depresi? Depresi ialah tekanan perasaan yang disebabkan faktor-faktor sekeliling seperti kehilangan, kematian, masalah di tempat kerja, rumah, kehidupan sehari-hari amnya dan banyak lagi. Kami akan terangkan dengan lebih lanjut tentang faktor-faktor penyebab depresi pada pos yang akan datang. Untuk pos kali ini mari kita mengenal simptom-simptom depresi. 


Itulah dia simptom-simptom depresi. Untuk pos yang akan datang, kita akan masuk ke topik, faktor-faktor penyebab depresi, dalam MENGENAL DEPRESI BAHAGIAN 2!



...

Tuesday, January 8, 2013

Fakta menarik tentang Diabetes



Hari ini nak berkongsi sedikit pengetahuan tentang diabetes. Sebabnya animeaddict, masa balik Melaka waktu cuti Krismas / tahun baru ni, makan banyak sangat dekat rumah sebab mak masak kaw-kaw punya... huhu... berat badan pun bertambah! Jadi, ini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga para pembaca... huhu... 


Diabetes atau nama tempatannya, penyakit kencing manis, adalah keadaan di mana tahap gula dalam darah lebih tinggi dari normal. Ini berlaku apabila pankreas gagal menghasilkan hormon insulin yang diperlukan untuk membawa glucose (gula) ke dalam sel badan untuk menghasilkan tenaga. Diabetes yang berlarutan boleh membawa masalah besar seperti sakit jantung, strok, kerosakan mata, buah pinggang atau sendi. 


Malahan, diabetes juga kadangkala boleh menyebabkan tangan atau kaki pesakit terpaksa dipotong. Mungkin bagi orang-orang yang sihat, penyakit diabetes dipandang ringan, tapi tahukah anda statistik menunjukkan bilangan pesakit diabetes di Malaysia meningkat saban tahun. World Health Organization (WHO) meletakkan Malaysia di tangga ke-10 untuk penghidap diabetes paling ramai di dunia. Satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes!




Diabetes boleh dikategorikan kepada 3 jenis:
  • Jenis 1 (Insulin-dependent diabetes melitus) - Badan pesakit tidak boleh menghasilkan insulin secara semulajadi. Sebab utama Jenis 1 adalah genetik. Ianya selalu berlaku kepada kanak-kanak dan remaja (bawah 40tahun). Penghidap diabetes Jenis 1 mesti mengambil insulin secara suntikan.  
  • Jenis 2 (Non-insulin-dependent diabetes melitus) - Jenis 2 adalah yang sering ditemui di kalangan penghidap diabetes (85%-90%). Insulin dihasilkan dalam badan pesakit, tetapi tidak befungsi secara optimum akibat faktor-faktor seperti obesiti, stress, darah tinggi dan pemakanan tak seimbang. Peluang untuk menghidap Jenis 2 diebetes meningkat apabila usia menigkat. Selalunya, pesakit akan diberi ubat yang sesuai dan perlu mengikut diet tertentu. 
  • Gestational diabetes melitus (GDM) - Selalunya berlaku kepada wanita mengandung di mana badan pesakit tidak boleh menerima karbohidrat (carbohydrate-intolerance). Selalunya, keadaan pesakit kembali normal selepas bersalin. 
Terdapat banyak gejala diabetes, antaranya:
  • kabur penglihatan
  • cepat marah
  • penurunan berat badan yang luar biasa
  • rasa lapar yang luar biasa
  • sering buang air kecil
  • rasa haus yang luar biasa
  • letih
  • otot lemah
  • luka yang lambat sembuh
  • gatal terutama di bahagian kelangkang dan kemaluan
  • rasa kebas

Begitulah serba-sedikit fakta mengenai diabetes. Seperti penyakit-penyakit lain, diabetes boleh dicegah! Bak pepatah orang putih,  'prevention is better than cure'. Cegah sebelum kena. Jangan dah kena baru nak kecoh. Ramai yang saya dengar dari mulut mereka sendiri, "Alah, kalau sakit makanlah ubat." Jangan begitu, cuba fikir sejenak, bila kita sudah sakit bukan kita sahaja yang susah, malah keluarga kita pun turut susah sebab terpaksa menjaga kita. Belum dikira kos perubatan lagi. Bukan sahaja menzalimi diri sendiri, malahan orang lain pun kita nak zalimi juga. Daripada kita bazirkan duit untuk ubat, bukankah lebih baik duit itu disimpan untuk masa depan anak-anak atau keluarga? Ada faedahnya. Kesimpulannya, jagalah pemakanan, amalkan senaman dan gaya hidup yang sihat ya! 





Sunday, December 23, 2012

Punca perut buncit


Kebanyakan orang Malaysia memang memiliki masalah perut buncit. Bila seseorang tu ada masalah perut buncit, dengan automatiknya...rasa macam tak selesa je..nak2 kalau yang kena tu orang perempuan. Bila nak pakai baju yang perlu tuck in dalam seluar..pehh kalau boleh macam malas aje nak masukkan baju...malu kot lemak tepu nampak. Muehehe. Aku tak de pengalaman, cuma ni pendapat member2 sendiri. Nak kata diri kurus lah tu :p 

Menurut pakar kesihatan, Dr. Selfie C. Rijal, terdapat banyak faktor yang menyebabkan perut menjadi buncit. Antaranya ialah..

1. Faktor keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

2. Faktor penuaan. 
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut. 

Powered by Blogger.