Friday, February 1, 2013

Hari Berhijab Sedunia



Tahukah anda bahawa hari ini, 1 Februari 2013, adalah Hari Berhijab Sedunia (World Hijab Day)?

Hari Berhijab Sedunia diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang tanggapan negatif Hijab dan mengapa wanita Muslim memakainya. Pada hari ini, wanita Muslim (tidak bertudung) dan bukan Muslim diajak untuk memakai hijab (untuk sehari) supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman memakai hijab. 

Ianya diasaskan oleh seorang wanita bernama Nazma Khan dari New York. Semasa kecil, beliau menjadi bahan usikan rakan-rakan kerana beliau seorang sahaja yang memakai hijab di sekolah. Beliau dipanggil 'Batman' dan 'ninja' oleh rakan-rakan. 
"I figured the only way to end discrimination if we ask our fellow sisters to experience Hijab themselves"  - Nazma Khan
"Saya rasa cara terbaik untuk menangani diskriminasi (terhadap wanita berhijab) adalah dengan mengajak mereka merasai Hijab itu sendiri"  

Video promosi Hari Berhijab Sedunia


Maklumat lanjut tentang World Hijab Day : 
  • http://www.facebook.com/WorldHijabDay
  • http://www.worldhijabday.com/

 sumber: Hijab for a day

Tuesday, January 29, 2013

Apa bezanya United Kingdom dan Britain?


Hari ni kita belajar sedikit pasal geografi yer? Huhu....

Tahukah anda apa perbezaan di antara
England?
Britain?
United Kingdom?

Tidak, mereka bukanlah entiti yang sama.

Secara teknikalnya, 
  • England adalah sebuah negara berkerajaan di mana London sebagai ibu negaranya.
  • Britain (atau Great Britain) adalah sebuah pulau yang terdiri daripada England, Wales, dan Scotland.
  • United Kingdom pula adalah kesatuan negara-negara yang terdiri daripada England, Wales, Scotland  dan Ireland Utara (atau Britain + Ireland Utara)

Haha, keliru?

Mungkin carta bergambar di bawah dapat membantu:












Huhu...sekarang lebih mudah difahami, bukan?

sumber: transatlanticwanker

Tuesday, January 22, 2013

Listen!Listen!Listen! Kompilasi parodi dan internet meme tentang isu Forum Mahasiswa di UUM

Baru-baru ni heboh satu negara berkenaan isu seorang panelis, Sharifah Zohra Jabeen yang meperlekehkan dan menghalang seorang pelajar, Bawani KS, untuk bertanya soalan semasa  di Forum Mahasiswa yang diadakan di UUM. Rasanya semua pernah menonton video youtube bertajuk 'Forum Suara Mahasiswa Part 4'. Isu berkenaan menjadi overnight sensation di Facebook dan media sosial lain yang mengundang debat dan persoalan di kalangan rakyat Malaysia. 

Malas animeaddict mahu megulas panjang isu ini. Nanti sampai ke esok tak habis. Tapi, animeaddict amat suka bagaimana rakyat Malaysia menjadikan satu isu yang serius kepada sesuatu yang kelakar dan penuh dengan humor. Bak kata orang putih "at least we have something to laugh about". Kreatif betul mereka semua. Enjoy~

Video parodi:

"Dance remix: Listen! Listen! When I Speak, Listen!" Lagu yang catchy~


"Listen | Beyonce feat. Sharifah Zohra Jabeen" Haha... parodi berdasarkan lagu popular Beyonce. Popular sungguh Sharifah Zohra ni sampai berduet dengan Beyonce. Kuikuikui

"009 Listen" oleh artis youtube terkenal Namewee. Kandungan video ini agak sinis dan penuh sindiran tapi tetap menghiburkan. 
 
"Parodi Forum Suara Mahasiswa" oleh Matluthfi90. Ni favourite animeaddict. Kelakar sungguh. Tetapi soalan yang dilontarkan di akhir video amat menyakitkan tetapi benar.

Kumpulan pelawak terkenal Boboi juga turut serta! Lawak listen!listen!listen! mereka semasa Maharaja Lawak final buat animeaddict ketawa sampai sakit perut!
Iklan parodi: 

Digi
 Yes 4G
 Nando's

Logitech Malaysia

Internet meme:





Sunday, January 13, 2013

Rancangan Penempatan Manusia di Marikh


Tahukah anda terdapatnya rancangan untuk membina penempatan manusia di planet Marikh. Rancangan yang dipanggil MarsOne ini diilhamkan oleh seorang ahli perniagaan Belanda, Bas Lansdorp. Program ini juga mendapat sokongan Gerard 't Hooft, ahli fizik yang memenangi Nobel Prize 1999 dan juga Astrounat Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Program ini akan menghantar 4 orang manusia untuk tinggal di Marikh menjelang 2023. Bermula pada tahun 2016, pihak MarsOne akan menghantar kapsul angkasa yang akan membawa barang-barang keperluan untuk penempatan tersebut. Sedikit demi sedikit, sebuah penempatan yang sesuai untuk manusia akan dibina dengan bantuan Mars Rover. Yang menariknya, program MarsOne dirancang untuk menjadi program realiti TV dimana setiap perkembangan program ini, seperti permilihan astronauts, latihan untuk ke angkasa, serta kehidupan mereka di Marikh boleh ditonton oleh orang ramai.

Permohonan untuk menyertai program MarsOne telah dibuka baru-baru ini (2013). Antara kriteria yang dicari untuk menjadi peneroka terawal di Marikh adalah mereka mesti mempunyai mental dan psikologi yang stabil, boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, dan yang penting sekali mereka tidak dibenarkan untuk pulang ke bumi selama-lamanya setelah tiba di Marikh.


Bagaimana? Ada sesiapa yang mahu memohon untuk tinggal di Marikh? Huhuhu....

sumber: mars-one.com

p/s: Sejujurnya, animeaddict rasa program ini tidak akan berjaya. Telalu banyak risiko dan perkara yang tak diketahui yang perlu diatasi. Ni semua mesti akibat pengaruh filem-filem Hollywood dimana sempadan antara fantasi dan realiti semakin hilang. 

Quote no 4






Powered by Blogger.