Apa khabar semua? Diharap anda semua sihat-sihat belaka. Info yang ingin sekali kami kongsi kali ini adalah berkaitan isu kesihatan iaitu DEPRESI.
Kenapa DEPRESI? Kenapa tidak isu lain?
Untuk pengetahuan anda semua, DEPRESI adalah isu yang sangat kritikal dekad ini. Kita sering memandang ringan akan hal ini. Tetapi tahukah anda, depresi yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan banyak masalah lain. Lihat sahaja di dada akhbar, kaca televisyen, corong radio, di internet mahupun sembang-sembang kosong di warung tepi jalan, pasti ada sahaja isu mengenai kesihatan, keruntuhan rumah-tangga, keganasan, jenayah, termasuklah perilaku-perilaku yang di luar batas normal manusia akan diperkatakan SETIAP HARI. Dan adakah anda tahu bahawa isu-isu ini saling berkait rapat dengan depresi? Dengan erti kata lain, DEPRESI adalah antara penyumbang TERBESAR kepada isu-isu yang saya sebutkan tadi. Tak percaya? Anda boleh rujuk sendiri kepada doktor atau pakar-pakar yang berkaitan.
Tujuan kami membawa topik Depresi untuk pos kali ini adalah untuk membangkitkan kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya Depresi dan pentingnya untuk kita mengenal dan merawat penyakit yang semakin beRaja dalam diri masyarakat sekeliling kita.
Pertama sekali, mari kita terlebih dahulu mengenal apa itu depresi? Depresi ialah tekanan perasaan yang disebabkan faktor-faktor sekeliling seperti kehilangan, kematian, masalah di tempat kerja, rumah, kehidupan sehari-hari amnya dan banyak lagi. Kami akan terangkan dengan lebih lanjut tentang faktor-faktor penyebab depresi pada pos yang akan datang. Untuk pos kali ini mari kita mengenal simptom-simptom depresi.
Itulah dia simptom-simptom depresi. Untuk pos yang akan datang, kita akan masuk ke topik, faktor-faktor penyebab depresi, dalam MENGENAL DEPRESI BAHAGIAN 2!
...