Saturday, December 29, 2012

Haiwan-haiwan yang pelik dan unik di dunia

Dalam dunia ini, ada macam-macam jenis hidupan yang kita tak pernah nampak atau pun jarang kita nampak. Mungkin ada yang pernah tengok dalam National Geographic, Discovery Channel atau sebagainya. Dan mungkin juga ada yang pernah tengok dalam internet. This time, aku nak tunjukkan beberapa haiwan yang pelik dan unik yang terdapat di seluruh dunia. 

1. Sphynx Cat


Kucing yang unik ini dikenali sebagai Kucing Sphynx atau kucing tanpa bulu. Tapi sebenarnya kucing ni ada bulu..tapi bulunya sangat halus dan pendek. Kucing Sphynx ni dah lama wujud sejak tahun 1960 di kanada. Tapi persoalannya, macamana ek kucing ni tetiba boleh wujud? Well, ceritanya...mak kucing ni terberanak dua ekor anak kucing yang tak de bulu. Straight lepas tu, ramailah pengkaji kucing ni...terus nak cuba biakkan supaya kucing tak de bulu ni tak de lerr pupus macam dinosaur. Dan tu pulak, kucing tak de bulu ni pon wujud sebab faktor genetik. So lebih kurang macam sangat sangat extremely rare la time 1960 tu.

Monday, December 24, 2012

Hukum cakap Selamat Hari Xmas/Natal



Hmm, sekarang ni..kecoh kat facebook mengenai satu sesi dialog antara kristian dan muslim. Nak-nak tu pulak disebarkan/ disharekan serata pelusuk ruangan cyber. Nak-nak tu pulak, diorang kata Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang bagitau. Okay, so nasib baik ada seorang hamba Allah ni...bertindak pantas bertanyakan soalan pada UAI, "Betul ke penjelasan ni datang dari UAI?". UAI pon jawab, "Bukan". So jelas kat sini yang...bukan UAI yang memberi penjelasan tersebut..

Cuma dekat sini banyak timbul kekeliruan mengenai hukum berkaitan dengan ucapan Selamat Hari Natal / Krismas/ X'mas pada orang Kristian. 

Sunday, December 23, 2012

Punca perut buncit


Kebanyakan orang Malaysia memang memiliki masalah perut buncit. Bila seseorang tu ada masalah perut buncit, dengan automatiknya...rasa macam tak selesa je..nak2 kalau yang kena tu orang perempuan. Bila nak pakai baju yang perlu tuck in dalam seluar..pehh kalau boleh macam malas aje nak masukkan baju...malu kot lemak tepu nampak. Muehehe. Aku tak de pengalaman, cuma ni pendapat member2 sendiri. Nak kata diri kurus lah tu :p 

Menurut pakar kesihatan, Dr. Selfie C. Rijal, terdapat banyak faktor yang menyebabkan perut menjadi buncit. Antaranya ialah..

1. Faktor keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

2. Faktor penuaan. 
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut. 

Friday, December 21, 2012

Dunia Kiamat pada 21/12/2012???

(gambar dari: http://www.2012ask.com)

Smart kan gambar di atas? Hehehe... Daripada gambar tu pun korang boleh agak apa yang kami nak cerita kat sini... Kami akan cuba bongkarkan cerita tentang "hari Kiamat" yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu yang terpengaruh dengan kalendar bangsa Maya/Mayan... berdasarkan pendapat & pandangan kami...

Kami rasa la kan... Mesti ada orang yang dah persiapkan diri untuk menghadapi hari kiamat yang err... MUNGKIN akan jadi kenyataan... Tapi... Betul ke ramalan bangsa Mayan tu?? 

Siapa bangsa Mayan ni?

Al-Kisah... Mereka ni dikatakan antara orang yang hebat ilmunya dalam bidang Astrology dan Matematik yang mana mereka ni ada buat sistem kalendar khas yang dikatakan lebih tepat dari kalendar Gregorian (masihi) yang kita guna sekarang ni... Dan kalendar yang tepat ini dikatakan berakhir pada 21/12/2012... Dan ramai lah yang percaya bahawa dunia akan berakhir pada tarikh tu...

Ramalan Nostradamus...

Nostradamus terkenal dengan ramalan yang dikatakan tepat dan sering menjadi kenyataan. antara ramalannya yang dikatakan menjadi kenyataan adalah mengenai revolusi Perancis, Kebakaran di London, Kematian Puteri Diana, Kematian F Kennedy, Pengeboman Nagasaki, dan serangan 11 September di New York.

Ramalannya yang kecoh diperkatakan sempena 21/12/2012 dikaitkan dengan video klip Gangnam Style nyanyian Psy. Ramalannya berbunyi: "From the calm morning, the end will come when of the dancing horse, the number of circles will be nine." 

From the calm morning di tafsirkan sebagai Korea Selatan, dancing horse... hmm...korang pun mesti tahu maksud dancing horse tu adalah tarian yang dipopularkan oleh Psy... the number of circles will be nine... Haa... Yang ni dikaitkan dengan jumlah penonton video klip lagu tu... Sekarang ni, jumlah penonton video klip tu 990,903,269... Kalau jumlah penonton mencecah 1 bilion (1,000,000,000), masa tu la kiamat akan berlaku... sebab jumlah kosong ade 9... (the number of circles will be nine)

Macam-macam...

Dalam kekalutan menghadapi kiamat ni... seorang petani di China membina 7 bola gergasi yang didakwanya mampu menyelamatkan dirinya apabila dunia musnah...

Manakala, sekumpulan orang yang percaya kepada makhluk asing dikatakan pergi ke kawasan hutan/pergunungan untuk meminta bantuan daripada angkasa lepas bagi menyelamatkan diri mereka jika kiamat berlaku...

Di tengah-tengah kegilaan dunia yang kononnya sedia mendepani 21/12/2012, masyarakat keturunan Mayan di Semenanjung Yucatan, Mexico pula langsung tidak peduli tentang ramalan nenek moyang mereka. Mereka tetap menjalani kehidupan seharian mereka seperti biasa.. 

Kesimpulan kami...

Seperti yang ditulis di atas... Orang keturunan Mayan sendiri pun tak percaya... Tentang ramalan Nostradamus tu... kalau difikirkan tentang peristiwa 11 September, ada yang mengatakan peristiwa ni berkaitan dengan orang dalam... Bila difikir-fikirkan lagi... Mungkin setiap ramalan beliau yang jadi kenyataan tu semuanya berkaitan dengan orang dalam yang nak realisasikan ramalan tu... (pendapat kami la...)
 
Apa-apa pun, ajal maut semuanya Allah dah tetapkan... Jadi, kepada mereka-mereka yang taksub sangat; percaya kepada perkara yang tak sahih ni... Larilah dan pulanglah... Larilah daripada perkara yang mungkin menyebabkan akidah anda terpesong dan pulanglah ke jalan yang benar... huhuhu... Kiamat tu rahsia Allah... Dalam Al-Quran pun ada disebut:

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat ituadalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Al-A'raf: 187) 

Jadi... daripada kita dok fikir & hitung bila tarikh kiamat, kita sebagai hambaNya wajib beriman (percaya) kepada hari kiamat dan hendaklah kita persiapkan diri kita dengan amalan-amalan yang secukupnya... By doing this, you've got nothing to lose... Tak gitu??

Rujukan:
  1. Surat khabar Harian metro 20/12/2012.
  2. http://www.2012ask.com
  3. http://ekhutbah.wordpress.com/2011/12/31/pandangan-islam-terhadap-ramalan-qiamat-2012

Sunday, December 16, 2012

Tembakan di Sandy Hook Elementary School, Newtown, Connecticut

I love you mom, I am happy and well. Sorry for not being a good son and not being happy if I ever was. I love you in heaven - Brian


Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kes tembakan yang berlaku di sebuah sekolah rendah yang terletak di Newtown, Connecticut. Seorang lelaki berusia 24 tahun, Adam Lanza, membunuh dirinya selepas melepaskan tembakan rambang menyebabkan 20 kanak-kanak (8-10thn) dan 6 guru terbunuh. Nauzubillah.... Macam-macam dunia akhir zaman ni. Tak terbayang bagaimana seorang dewasa (yang berakal?) boleh melepaskan tembakan terhadap kanak-kanak.
Serba sedikit info pasal kejadian. Sumber dari Time
  • Apabila tembakan pertama kedengaran kira-kira 9:30pg, guru-guru segera mengambil tindakan "lock-down" kelas masing-masing. Ada guru yang menyuruh kanak-kanak untuk bersembunyi dalam almari dan kabinet. 
  • Adam Lanza membunuh ibunya (seorang guru tadika) sendiri di rumah mereka pada pagi itu, sebelum menyerang Sandy Hook School.
  • 18 kanak-kanak dilaporkan mati di tempat kejadian, manakala 2 lagi mati di hospital. Kesemua 6 orang guru mati di tempat kejadian.
  • Kejadian di Sandy Hook Elementary School adalah yang kedua terburuk dalam sejarah serangan di sekolah di America selepas kejadian Virginia Tech 2007 (32 mangsa)
  • President Obama menangis ketika memberi ucapan mengenai kejadian tersebut, menyebut mangsa sebagai "beautiful little kids" who "had their entire lives ahead of them: birthdays, graduation, weddings, kids of their own." Beliau juga mengarahkan semua bangunan kerajaan mengibarkan bendera separuh tiang untuk mengingati mangsa 
Semoga ibu-bapa mangsa tabah menghadapi dugaan. Krismas tahun ini pasti sedih bagi mereka kerana tidak dapat melihat keriangan anak-anak membuka hadiah.  

Saturday, December 15, 2012

Demonstrasi Pekerja CIMB Di Bangunan CIMB (Depan SOGO)


Pagi tadi pekerja CIMB berdemo tuntut hak dan bidas pengerusi CIMB. Anda boleh melihat sendiri video mereka.

 

Sumber : Kami Boikot Buletin Utama TV3

Cerita di pasal apa??
Okay meh nak habaq..

Menurut page Nube Malaysia..

(English & Malay Version)
MALAYSIAN ARE MADE SLAVES BY CIMB BANK 
J Solomon,

Hamidah Naziadin, Head of CIMB Group Corporate Resources, many a times emphasized she values her relationship with NUBE and wants to work with NUBE in the larger interest of CIMB Bank employees. But, when we witnessed Hamidah raving mad about CIMB HR policies in her speech to Young Corporate Malaysians; the whole hypocrisy behind the personality emerged. 

Quote no3

Quote no1

Kartun zaman kanak-kanak

Dragon ball, Cardcaptor Sakura, Sesame Street, Usop Sontorian dan Keluangman
Dulu, time aku budak kecik...tepat je pukul 8 pagi mesti dah tercegat depan tv. Haha. Rindu pulak aku dengan zaman kanak-kanak ni. Duduk depan tv sebab apa? Sebab ada citer kartun best! Haha sanggup tu bangun pagi semata-mata mau tengok kartun. Mak aku dok geleng pale je tengok aku dok kejut abang and adik-beradik aku suh tengok kartun. Tak pon, diorang yang akan kejutkan aku. Hahaha. Hampeh kan adik-beradik aku nih?. Kihkihkih. So, kitorang berempat kompem tengok tv sampai laaa mak aku bebel suruh stop tengok.

Haaa, jadi...nak tanya gak korang.. Kartun apa yang korang suka nengok masa zaman kanak-kanak dulu. Jom share! Muehehe. Nak gak tau korang lahir zaman bila. ^^

Quote no2

Friday, December 14, 2012

Panas Oh, Panas!


Moral of the story
jgn suke main hujan, nnti dpt demam ;p
renung2kan dan selamat beramal.


Apa halatuju blog ini?



Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus bermain dengan html dan css..akhirnya Blog ini berjaya dihasilkan. Macam-macam tutorial yang aku buka sampai tak tidur malam..hehe.

Halatuju Our Pen Projects
Sebenarnya, aku pun kurang pasti halatuju yang kami ingin buat. Ada kadang-kadang tu rasa macam nak spesifik kepada satu benda je. Contoh macam kalau cerita kucing, so kucing je lah yang akan jadi topik buat selamanya. Terasa macam forever alone ler pula. Hehe.

So aku pun godeklah macam-macam jenis blog. Antara yang menarik perhatian aku ialah:
  • Blog Serius
  • Oh Media
  • Conteng-conteng
  • FatenOsman

and so on..

Sebab aku tertarik? 
Bahasa - ayat yang cambest je dan buatkan kita teruskan pembacaan...
Pelbagai variasi - Tak fokus pada satu isu. Macam Blog Serius buat macam-macam label ; Serius Cool, Serius WTF dan sebagainya..

So apa pandangan korang?
Sebagai orang lama dalam dunia blog, boleh tak bagi tips satu dua tiga untuk kami sentiasa maju ke hadapan dan apa halatuju blog yang sesuai?. Al-maklum ler, budak baru belajar. Hehe. Silalah bagi idea bernas. Sebarang komen kami ucapkan dengan ribuan terima kasih. 



Thursday, December 13, 2012

Powered by Blogger.