Hari ini nak berkongsi sedikit pengetahuan tentang diabetes. Sebabnya animeaddict, masa balik Melaka waktu cuti Krismas / tahun baru ni, makan banyak sangat dekat rumah sebab mak masak kaw-kaw punya... huhu... berat badan pun bertambah! Jadi, ini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga para pembaca... huhu...
Diabetes atau nama tempatannya, penyakit kencing manis, adalah keadaan di mana tahap gula dalam darah lebih tinggi dari normal. Ini berlaku apabila pankreas gagal menghasilkan hormon insulin yang diperlukan untuk membawa glucose (gula) ke dalam sel badan untuk menghasilkan tenaga. Diabetes yang berlarutan boleh membawa masalah besar seperti sakit jantung, strok, kerosakan mata, buah pinggang atau sendi.
Malahan, diabetes juga kadangkala boleh menyebabkan tangan atau kaki pesakit terpaksa dipotong.
Mungkin bagi orang-orang yang sihat, penyakit diabetes dipandang ringan, tapi tahukah anda statistik menunjukkan bilangan pesakit diabetes di Malaysia meningkat saban tahun. World Health Organization (WHO) meletakkan Malaysia di tangga ke-10 untuk penghidap diabetes paling ramai di dunia. Satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes!
- Jenis 1 (Insulin-dependent diabetes melitus) - Badan pesakit tidak boleh menghasilkan insulin secara semulajadi. Sebab utama Jenis 1 adalah genetik. Ianya selalu berlaku kepada kanak-kanak dan remaja (bawah 40tahun). Penghidap diabetes Jenis 1 mesti mengambil insulin secara suntikan.
- Jenis 2 (Non-insulin-dependent diabetes melitus) - Jenis 2 adalah yang sering ditemui di kalangan penghidap diabetes (85%-90%). Insulin dihasilkan dalam badan pesakit, tetapi tidak befungsi secara optimum akibat faktor-faktor seperti obesiti, stress, darah tinggi dan pemakanan tak seimbang. Peluang untuk menghidap Jenis 2 diebetes meningkat apabila usia menigkat. Selalunya, pesakit akan diberi ubat yang sesuai dan perlu mengikut diet tertentu.
- Gestational diabetes melitus (GDM) - Selalunya berlaku kepada wanita mengandung di mana badan pesakit tidak boleh menerima karbohidrat (carbohydrate-intolerance). Selalunya, keadaan pesakit kembali normal selepas bersalin.
- kabur penglihatan
- cepat marah
- penurunan berat badan yang luar biasa
- rasa lapar yang luar biasa
- sering buang air kecil
- rasa haus yang luar biasa
- letih
- otot lemah
- luka yang lambat sembuh
- gatal terutama di bahagian kelangkang dan kemaluan
- rasa kebas
Begitulah serba-sedikit fakta mengenai diabetes. Seperti penyakit-penyakit lain, diabetes boleh dicegah! Bak pepatah orang putih, 'prevention is better than cure'. Cegah sebelum kena. Jangan dah kena baru nak kecoh. Ramai yang saya dengar dari mulut mereka sendiri, "Alah, kalau sakit makanlah ubat." Jangan begitu, cuba fikir sejenak, bila kita sudah sakit bukan kita sahaja yang susah, malah keluarga kita pun turut susah sebab terpaksa menjaga kita. Belum dikira kos perubatan lagi. Bukan sahaja menzalimi diri sendiri, malahan orang lain pun kita nak zalimi juga. Daripada kita bazirkan duit untuk ubat, bukankah lebih baik duit itu disimpan untuk masa depan anak-anak atau keluarga? Ada faedahnya. Kesimpulannya, jagalah pemakanan, amalkan senaman dan gaya hidup yang sihat ya!
No comments:
Post a Comment
Please feel free to leave your comments, questions, and suggestions.