Dalam dunia ini, ada macam-macam jenis hidupan yang kita tak pernah nampak atau pun jarang kita nampak. Mungkin ada yang pernah tengok dalam National Geographic, Discovery Channel atau sebagainya. Dan mungkin juga ada yang pernah tengok dalam internet. This time, aku nak tunjukkan beberapa haiwan yang pelik dan unik yang terdapat di seluruh dunia.
1. Sphynx Cat
Kucing yang unik ini dikenali sebagai Kucing Sphynx atau kucing tanpa bulu. Tapi sebenarnya kucing ni ada bulu..tapi bulunya sangat halus dan pendek. Kucing Sphynx ni dah lama wujud sejak tahun 1960 di kanada. Tapi persoalannya, macamana ek kucing ni tetiba boleh wujud? Well, ceritanya...mak kucing ni terberanak dua ekor anak kucing yang tak de bulu. Straight lepas tu, ramailah pengkaji kucing ni...terus nak cuba biakkan supaya kucing tak de bulu ni tak de lerr pupus macam dinosaur. Dan tu pulak, kucing tak de bulu ni pon wujud sebab faktor genetik. So lebih kurang macam sangat sangat extremely rare la time 1960 tu.
So sebab kucing ni tak de bulu (macam berlengeng macam tak pakai baju)...jadi, kucing ni perlukan penjagaan yang rapi dari segi hygiene. Pastu pulak, tak bleh duk luar rumah lama sangat sebab boleh kena sunburn. Hehe. Tapi...kucing ni adalah kucing yang paling mahal kat Malaysia. Kucing yang berat antara 4-6 kg dijual dengan harga RM300 hingga RM6000 seekor. Pehh..dah boleh bayar duit kereta macam tu. Crazy..
2. Axolotl
Haa cute kan axolotl ni. Haiwan ni dijumpai di Mexico City. Haiwan ni sebenarnya wujud sebab kes larva yang tak sempat nak menjadi salamander. Metamorphosis tak menjadi. Macam kesian pon ada, but still..masih hidup what?. Haha. Unik!. Nampak comel tapi kena hati-hati sebab dia ni boleh sembur asid.

3. Aye-aye
"Aye-aye captain!".
Aye-aye ini adalah salah satu haiwan primate yang aktif pada waktu malam yang terbesar di dunia. Boleh dijumpai di Madagascar. Aye-aye ni dikenali dengan cara pemburuan yang unik..di mana dia akan ketuk batang pokok yang ada larva. Pastu korek satu lubang dekat pokok tu, pastu dia akan masukkan jari hantu kat lubang dan tarik larva-larva tersebut keluar. And kalau aye-aye ni ada kat fun fair rumah hantu, sure budak-budak kompem lari. Wakakaka scary siot kalau tetiba dia melekap kat mana-mana..isk!
4. Sun bear
Beruang matahari yang tak macam matahari ni dikenali juga sebagai "dog bear" disebabkan lidahnya yang panjang. Beruang ini boleh dijumpai di hutan hujan tropika di Asia Tenggara.
5. Star Nosed Mole
Tikus mondok yang mempunyai hidung macam bintang ini boleh dijumpai di bahagian utara-timur Amerika Syarikat dan Kanada.
6. Dumbo Octopus
6. Dumbo Octopus
Sotong yang mempunyai telinga macam gajah terbang Dumbo dalam cerita kartun Disney. Hidup di laut dalam dan sangat sangat rare.
7. Yeti Crab
Ketam yang mempunyai penyepit dan kaki yang berbulu ini juga dikenali sebagai Kiwa Hirsuta. Ianya ditemui jauh di dalam Lautan Pasifik Selatan.
8. Leafy Seadragon
Kuda laut yang menyerupai rumpai laut ini boleh didapati di sepanjang pantai Australia. Nampak cantik kan?
9. Blobfish
Err ikan yang ada muka macam...macamm...alien nak jadi manusia tapi tak jadi ni...tinggal di kawasan laut dalam di luar Australia. Ikan ini boleh hidup di kawasan laut yang mempunyai tekanan tinggi dan makan apa sahaja di bawah sana. Well, benda-benda kecik je la yang boleh survive tekanan tinggi di laut dalam. Hehe.
10. Komondor
Anjing yang mempunyai bulu macam dreadlocks atau berus mop lantai. Kesian pun ada aku nengok anjing ni. Hehe.
11. Seapig
Haiwan ini tinggal di kawasan laut dalam. Menyerupai timun laut tetapi mendapat gelaran pig sebab kaler dia maybe sama macam oink oink tu kot. Haha so babi laut? Nahh...nampak macam siput babi je.
12. Hagfish
Hagfish menjadi perdebatan kerana ia tergolong dalam keturunan yang jauh lebih primitif daripada mana-mana kumpulan ikan. Menghasilkan lendir sebagai pertahanan diri menyebabkan saintis menamakan Hagfish sebagai haiwan paling menjijikkan diantara semua makhluk laut. Cara dia makan adalah sangat kejam dimana, dia akan melekatkan diri dekat mana-mana ikan yang lalu-lalang. Pastu akan makan sikit demi sikit badan ikan tersebut dari isi sampailah luar ikan tu. Pehhh parasittt!
13. Anggora rabbit
Hahaha kesian dowwh tengok rabbit ni. Sampai mata dan telinga pon tenggalam dengan bulu gebu. Rabbit ini datang dari Angkora, Turkey. Kalau dulu sangat digilai oleh golongan bangsawan di Perancis.
Haa banyakkan haiwan yang pelik dan unik kat dunia ni. Nanti aku update lagi. Seronok pulak tengok benda-benda yang aku jarang tengok ni. lol.
Sumber : List25.com
No comments:
Post a Comment
Please feel free to leave your comments, questions, and suggestions.