Tuesday, January 8, 2013

Prank selebriti palsu



Kelakar ada. Sedih pun ada! animeaddict terjumpa video ni di youtube tentang satu eksperimen sosial bagaimana orang boleh percaya tentang sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti hanya kerana populariti. 


Seorang lelaki menyamar sebagai seorang "selebriti" dengan memakai pakaian yang cantik, mengupah beberapa orang untuk menyamar sebagai "pegawai keselamatan peribadi" dan "paparazzi". Apabila ditanya kepada "peminat-peminat" yang berpusu-pusu ingin bergambar, adakah mereka kenal "selebriti" ini, semuanya mengaku ya. Ada yang mengatakan "selebriti" itu seorang aktor filem terkenal, ada pula yang mendakwa dia seorang penyanyi popular (kelakar sungguh!). Selebriti palsu ini berjaya menipu orang ramai sehingga menimbulkan kekecohan di sepanjang jalan New york. 

Pengajarannya, janganlah percaya / mengikut sesuatu hanya kerana ianya popular atau in-trend. Fikir dan selidiklah dahulu samada ianya betul dan bermanfaat atau sebaliknya. =D


No comments:

Post a Comment

Please feel free to leave your comments, questions, and suggestions.

Powered by Blogger.