Sunday, December 16, 2012

Tembakan di Sandy Hook Elementary School, Newtown, Connecticut

I love you mom, I am happy and well. Sorry for not being a good son and not being happy if I ever was. I love you in heaven - Brian


Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kes tembakan yang berlaku di sebuah sekolah rendah yang terletak di Newtown, Connecticut. Seorang lelaki berusia 24 tahun, Adam Lanza, membunuh dirinya selepas melepaskan tembakan rambang menyebabkan 20 kanak-kanak (8-10thn) dan 6 guru terbunuh. Nauzubillah.... Macam-macam dunia akhir zaman ni. Tak terbayang bagaimana seorang dewasa (yang berakal?) boleh melepaskan tembakan terhadap kanak-kanak.
Serba sedikit info pasal kejadian. Sumber dari Time
  • Apabila tembakan pertama kedengaran kira-kira 9:30pg, guru-guru segera mengambil tindakan "lock-down" kelas masing-masing. Ada guru yang menyuruh kanak-kanak untuk bersembunyi dalam almari dan kabinet. 
  • Adam Lanza membunuh ibunya (seorang guru tadika) sendiri di rumah mereka pada pagi itu, sebelum menyerang Sandy Hook School.
  • 18 kanak-kanak dilaporkan mati di tempat kejadian, manakala 2 lagi mati di hospital. Kesemua 6 orang guru mati di tempat kejadian.
  • Kejadian di Sandy Hook Elementary School adalah yang kedua terburuk dalam sejarah serangan di sekolah di America selepas kejadian Virginia Tech 2007 (32 mangsa)
  • President Obama menangis ketika memberi ucapan mengenai kejadian tersebut, menyebut mangsa sebagai "beautiful little kids" who "had their entire lives ahead of them: birthdays, graduation, weddings, kids of their own." Beliau juga mengarahkan semua bangunan kerajaan mengibarkan bendera separuh tiang untuk mengingati mangsa 
Semoga ibu-bapa mangsa tabah menghadapi dugaan. Krismas tahun ini pasti sedih bagi mereka kerana tidak dapat melihat keriangan anak-anak membuka hadiah.  

6 comments:

  1. Orang yang buad semua nie gila ke ape ? Budak2 tuh semua pun ada masa hadapan die sendiri . Hmmm .

    ReplyDelete
  2. aku tak faham apa tujuan dia tembak budak2 tu skali..

    ReplyDelete
  3. bile manusia hilang sifat perikemanusiaan...akal pon hilang pertimbangan.

    ReplyDelete
  4. follback blog saya > http://liong-seo.blogspot.com/ saya udh follow di blog sobat, dengan nama liong outsider, ditunggu follbacknya, awas klo ndak follback, hehehe, makasi

    ReplyDelete
  5. Ya Allah. Macam-macam kn dunia sekarang. Kesiannye budak2 yang tak bersalah tu. :(

    ReplyDelete
  6. tega sungguh hati manusia yang tembak
    budak2 ni kan..
    x de sifat penyayang langsung..

    ReplyDelete

Please feel free to leave your comments, questions, and suggestions.

Powered by Blogger.