Saturday, December 15, 2012

Demonstrasi Pekerja CIMB Di Bangunan CIMB (Depan SOGO)


Pagi tadi pekerja CIMB berdemo tuntut hak dan bidas pengerusi CIMB. Anda boleh melihat sendiri video mereka.

 

Sumber : Kami Boikot Buletin Utama TV3

Cerita di pasal apa??
Okay meh nak habaq..

Menurut page Nube Malaysia..

(English & Malay Version)
MALAYSIAN ARE MADE SLAVES BY CIMB BANK 
J Solomon,

Hamidah Naziadin, Head of CIMB Group Corporate Resources, many a times emphasized she values her relationship with NUBE and wants to work with NUBE in the larger interest of CIMB Bank employees. But, when we witnessed Hamidah raving mad about CIMB HR policies in her speech to Young Corporate Malaysians; the whole hypocrisy behind the personality emerged. 

These are excerpts of her speech in her own words…. 
1. “Unionized staff, for everything they run back to their union leaders…it is like you owe them a living…medical benefits for example…unlimited for themselves, unlimited for their spouse and unlimited for their children. My God, it’s also unlimited risk for the company isn’t it, right!” 

2. “Everybody will get their contractual bonus….so they get bonus for turning up for work…so how are you going to change this culture, to make them hungry, to make them want to go out and do thing differently and virtually get the sales and all that?” 

3. “One of the very first things I did was, actually to go where it hurts them most and that’s the pockets alright...those days even 2 point something…below 3 also get a few hundred dollars. I zerorized the whole thing!…recognizing performance it only comes in when you hit a rate of 

4.” 4. “A lot of aging workforce….with medical unlimited lah, get bonus…and of course preferential savings rate extra one percent …would they want to go, they will stay as long as they can stay…we actually then do…MSS. What is this MSS?…it was sexily named ‘masanya sudah sampai’, time for you to go alright.” 

There you have it! The target is your two (2) months contractual bonus and your benefits. Whilst Hamidah has proven herself to be truly unrefined and undignified we have a lot to think about, don’t we? You know what CIMB truly think of us. 

So, are we going to just sit there and accept this form of insults and accusations by a GLC, especially one that is led by our Prime Minister’s brother – Dato’ Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak. As Malaysians, for the sake of our honour and dignity we must come out, come out in big, huge numbers for the picket on 15 December 2012. We must send a strong signal to Nazir and the Prime Minister about their social role and responsibility to the people of this nation. 

We need a better livelihood. And, we will fight back; we will fight back for that better livelihood with all our strength and numbers. We are the 99%! Next, an interesting video: “Lies and Hypocrisy of CIMB vs The Truth”. 

-----------------------------------XXX--------------------------------- 

CIMB BANK JADIKAN RAKYAT SEBAGAI HAMBA 

Hamidah Naziadin, Ketua Kumpulan Sumber Korporat banyak kali menekankan dan menghargai hubungan baik bersama NUBE dan ingin bekerjasama dengan NUBE demi kepentingan yang lebih besar untuk pekerja-pekerja CIMB Bank. Tetapi, jika kita menyaksikan betapa kurang siumannya beliau darihal polisi HR CIMB Bank yang dibentangkan di hadapan Young Corporate Malaysians (YCM) pada 2 Disember 2011 yang lalu, sudah tentu kita akan terkejut dengan sikap hipokrasinya selama ini. 

Berikut adalah petikan kata-katanya semasa membuat pembentangan tersebut; 

1. “Pekerja yang berkesatuan, segala-galanya akan dirujuk kepada pemimpin Kesatuan... seolah-olah anda berhutang hidup dengan mereka...faedah perubatan contohnya...tiada had untuk mereka, tiada had untuk suami/isteri dan tiada had untuk anak-anak mereka. Ya Tuhan, ini juga sebenarnya boleh mendatangkan risiko yang tiada had untuk syarikat. Betul tak?” 

2. “Setiap orang akan dapat bonus kontrak...jadi, mereka dapat bonus semata-mata untuk datang bekerja...jadi, bagaimana anda mahu mengubah budaya ini, bagi membuatkan mereka benar-benar memerlukan wang, untuk membuatkan mereka ingin keluar dan melakukan sesuatu yang berbeza dan dalam erti kata lain, dapat hasil jualan dan apa sahaja...” 

3. “Salah satu perkara pertama yang saya lakukan adalah, mencari-cari apa sebenarnya yang boleh melemahkan mereka dan sudah tentulah koceknya...dulu, walaupun 2 point atau lebih...di bawah 3 juga boleh dapat beratus-ratus ringgit. Saya setkan semula segala-galanya!...prestasi yang layak diiktiraf hanya jika anda mencapai tahap 4 point.” 

4. “Banyak tenaga kerja yang telah berusia...dengan perubatan tanpa had lah, dapat bonus lagi...dan sudah tentu kadar simpanan utama meningkat satu peratus...adakah mereka mahu pergi? Mereka akan kekal selagi mereka mampu...kemudiannya, kita lancarkan...MSS. Apakah itu MSS?...secara seksinya dipanggil ‘masanya sudah sampai’, iaitu sudah tiba masanya untuk anda pergi.” 

Nah! Itulah dia. Sasaran mereka adalah dua (2) bulan bonus kontrak dan faedah-faedah yang anda nikmati selama ini. 

Walaupun Hamidah telah membuktikan dirinya seolah-olah tidak berpelajaran dan rendah tahap pemikirannya, kita perlu kembali merenung sejenak dan berfikir seketika. Adakah kita benar-benar tahu apakah yang ada dalam kepala CIMB tentang kita? 

Justeru itu, adakah kita akan terus berdiam diri dan hanya menerima apa sahaja bentuk penghinaan dan pertuduhan terhadap kita oleh sebuah GLC? Terutamanya apabila dipimpin sendiri oleh adik seorang Perdana Menteri, Dato 'Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak. 

Sebagai rakyat, demi maruah dan martabat kita, kita mesti turun, perlu turun beramai-ramai, dalam jumlah yang sangat besar untuk berpiket pada 15 Disember 2012 ini. Kita perlu menyampaikan mesej yang jelas kepada Nazir dan Perdana Menteri mengenai peranan dan tanggungjawab sosial mereka kepada rakyat di negara ini. 

Kita berhak dan perlu kepada kehidupan yang lebih baik. Kita akan berjuang dan kita akan terus berjuang untuk kehidupan kita dengan sepenuh kekuatan demi mencipta gelombang kebangkitan. Ingatlah, kita adalah golongan 99%! 

Nantikan kemunculan sebuah video yang menarik, “Pembohongan dan Hipokrasi CIMB vs Kebenaran”

Gambar-gambar Demonstrasi Pekerja CIMB Di Bangunan CIMB (Depan SOGO)















6 comments:

Please feel free to leave your comments, questions, and suggestions.

Powered by Blogger.