Sunday, January 13, 2013

Rancangan Penempatan Manusia di Marikh


Tahukah anda terdapatnya rancangan untuk membina penempatan manusia di planet Marikh. Rancangan yang dipanggil MarsOne ini diilhamkan oleh seorang ahli perniagaan Belanda, Bas Lansdorp. Program ini juga mendapat sokongan Gerard 't Hooft, ahli fizik yang memenangi Nobel Prize 1999 dan juga Astrounat Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Program ini akan menghantar 4 orang manusia untuk tinggal di Marikh menjelang 2023. Bermula pada tahun 2016, pihak MarsOne akan menghantar kapsul angkasa yang akan membawa barang-barang keperluan untuk penempatan tersebut. Sedikit demi sedikit, sebuah penempatan yang sesuai untuk manusia akan dibina dengan bantuan Mars Rover. Yang menariknya, program MarsOne dirancang untuk menjadi program realiti TV dimana setiap perkembangan program ini, seperti permilihan astronauts, latihan untuk ke angkasa, serta kehidupan mereka di Marikh boleh ditonton oleh orang ramai.

Permohonan untuk menyertai program MarsOne telah dibuka baru-baru ini (2013). Antara kriteria yang dicari untuk menjadi peneroka terawal di Marikh adalah mereka mesti mempunyai mental dan psikologi yang stabil, boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, dan yang penting sekali mereka tidak dibenarkan untuk pulang ke bumi selama-lamanya setelah tiba di Marikh.


Bagaimana? Ada sesiapa yang mahu memohon untuk tinggal di Marikh? Huhuhu....

sumber: mars-one.com

p/s: Sejujurnya, animeaddict rasa program ini tidak akan berjaya. Telalu banyak risiko dan perkara yang tak diketahui yang perlu diatasi. Ni semua mesti akibat pengaruh filem-filem Hollywood dimana sempadan antara fantasi dan realiti semakin hilang. 

No comments:

Post a Comment

Please feel free to leave your comments, questions, and suggestions.

Powered by Blogger.