Tuesday, January 22, 2013

Listen!Listen!Listen! Kompilasi parodi dan internet meme tentang isu Forum Mahasiswa di UUM

Baru-baru ni heboh satu negara berkenaan isu seorang panelis, Sharifah Zohra Jabeen yang meperlekehkan dan menghalang seorang pelajar, Bawani KS, untuk bertanya soalan semasa  di Forum Mahasiswa yang diadakan di UUM. Rasanya semua pernah menonton video youtube bertajuk 'Forum Suara Mahasiswa Part 4'. Isu berkenaan menjadi overnight sensation di Facebook dan media sosial lain yang mengundang debat dan persoalan di kalangan rakyat Malaysia. 

Malas animeaddict mahu megulas panjang isu ini. Nanti sampai ke esok tak habis. Tapi, animeaddict amat suka bagaimana rakyat Malaysia menjadikan satu isu yang serius kepada sesuatu yang kelakar dan penuh dengan humorBak kata orang putih "at least we have something to laugh about". Kreatif betul mereka semua. Enjoy~

Video parodi:

"Dance remix: Listen! Listen! When I Speak, Listen!" Lagu yang catchy~


"Listen | Beyonce feat. Sharifah Zohra Jabeen" Haha... parodi berdasarkan lagu popular Beyonce. Popular sungguh Sharifah Zohra ni sampai berduet dengan Beyonce. Kuikuikui

"009 Listen" oleh artis youtube terkenal Namewee. Kandungan video ini agak sinis dan penuh sindiran tapi tetap menghiburkan. 
 
"Parodi Forum Suara Mahasiswa" oleh Matluthfi90. Ni favourite animeaddict. Kelakar sungguh. Tetapi soalan yang dilontarkan di akhir video amat menyakitkan tetapi benar.

Kumpulan pelawak terkenal Boboi juga turut serta! Lawak listen!listen!listen! mereka semasa Maharaja Lawak final buat animeaddict ketawa sampai sakit perut!
Iklan parodi: 

Digi
 Yes 4G
 Nando's

Logitech Malaysia

Internet meme:





2 comments:

Please feel free to leave your comments, questions, and suggestions.

Powered by Blogger.