Kerana diriku begitu berharga.... (Bahagian 1)
Watak dalam cerita ini adalah rekaan sahaja. Mungkin ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sebab cerita ini adalah realiti masa kini. =)
****
Tidurku terganggu. Aku lihat jam di dinding, "Ish... Baru pukul 3.00 pagi. Siapa pulak yang telefon pagi-pagi buta ni..."
Telefon yang kuletakkan di bawah bantal kucapai malas. Dalam keadaan mamai, kulihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku. "Hmm... Nombor yang tak dikenali..." bisikku. "Nak angkat ke tak? Nak angkat ke tak?..."
Dek kerana suasana yang sunyi dan nada deringan telefonku yang agak kuat, kuangkat juga. Bimbang bunyi itu mengganggu lena kakakku yang sebilik denganku.
"Hello...?"
"Hello, Assalamu'alaikum..." Suara seorang lelaki kedengaran.
"Wa'alaikumussalam...," jawabku teragak-agak. Yelah.. Biasanya.. Kalau lelaki beri salam, bila dijawab, dikatakan gatal.. Kalau tak jawab pula dikatakan berdosa! Ya... Aku pesimis, namun, itulah perkara yang sering berlaku.. Dan soalan seterusnya boleh ku agak (sebab dah beberapa kali perkara seperti ini berlaku).
"Ni kat mana?" Haa... memang tepat jangkaanku...
"Pahang." jawabku pendek.
"Err, ni siapa?" tanyanya lagi.
"Along."
"Siapa? Along?"
"Iya..."
"Tengah buat apa?"
Aik... Sengaja buat aku bengang ke? Takkan tak tahu pukul 3.00 pagi orang buat apa... Dapat kurasakan telingaku panas (sebab aku bukanlah seorang yang sangat penyabar orangnya... Lebih-lebih lagi jika aku dikejutkan pada waktu aku sedang enak tidur..)
Ingin saja kujawab, "Tak ada kerja lain ke telefon orang pagi-pagi buta ni hanya sebab nak tanya tengah buat apa? Mestilah orang tengah tidur!" Namun, kutahan marahku dan kujawab sesopan mungkin, namun acuh tak acuh. "Tengah tidur."
"Ohh..." Boleh pulak dia jawab macam tu. Macam tak rasa bersalah langsung. "Err... awak ni sekolah lagi ke?" Dia bertanya lagi.
Astaghfirullahal 'azim.... Alahai... Normal ke tak mamat ni.. Tak faham ke orang tak nak layan dia.. Nak tidurrr....
"Saya dah tak sekolah."
"Kerja ke?"
"Lebih kurang macam tu lah." Semakin acuh tak acuh jawapanku.
"Ohh... Err... tadi tengah buat apa?" Seolah-olah tidak percaya dengan jawapan yang telah kuberikan tadi untuk soalan yang sama.
Astaghfirullahal 'azim... A'uzubillahi minasshaithonir rajimmm... Marahku semakin memuncak. Dah lah kacau orang tengah tidur. Tadi dah tanya. Ni tanya lagi. Memang mamat ni tak faham bahasa.
"Tengah tidurlah!" Tiada lagi kesopanan dalam nada suaraku. Yang ada cuma harapan. Ya... Harapan.. Supaya dia hentikan bertanya soalan dan benarkan aku sambung semula tidurku.
"Ohh... Ok.. Ok... Sori kacau... Nak tidur ke?"
Terus kutekan butang tamatkan panggilan lalu kumatikan telefon bimbitku. Biarlah. Apa nak jadi pun, jadilah. Baik aku tidur daripada layan panggilan seperti itu lagi.
Pagi itu aku bangun dalam keadaan yang kurang ceria dan separuh mood ku hilang. "Ni semua gara-gara mamat tu la!"
Kuhidupkan telefon bimbitku dan... Alhamdulillah.. Fuhh!! Lega... Tak ada panggilan susulan mahupun pesanan ringkas dari lelaki yang menelefonku malam (atau pagi?) tadi. Namun, kelegaanku cuma sebentar. Apakah mungkin tidurku malam nanti akan terganggu lagi?.....
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment
Please feel free to leave your comments, questions, and suggestions.