Sunday, February 17, 2013

Meteor Jatuh di Russia

Sebuah meteor telah melaui kawasan langit Chelyabinsk, Russia pada Jumaat lepas (15 Feb, jam 9:20am waktu tempatan) sebelum meletup dengan ledakan yang sangat kuat. Letupannya disifatkan sekuat letupan 300,000 ton TNT. Meteorit yang terhasil pula bertaburan di 3 wilayah Russia, termasuk Chelyabinsk, serta negara jiran Kazahkstan. 
Gelombang letupan meteor itu menyebabkan kira-kira 3,000 bangunan sekitar rosak - kebanyakannya akibat cermin pecah - manakala  kira-kira 1,000 orang cedera. 
Kejadian meteor ini adalah yang terburuk dalam 100 tahun selepas kejadian di Tunusca Siberia pada 1908, di mana sebuah asteoid meletup di atmosfera bumi menyebabkan kawasan hutan seluas 820 batu persegi menjadi rata. 

Menurut pihak NASA, Russian meteor ini jatuh pada masa yang sama sebuah asteroid melepasi bumi. Asteroid yang dinamakan 2012DA14 mempunyai panjang 45 meter dan selebar setengah padang bola. Namun, NASA mengesahkan bahawa asteroid ini tidak melepasi lebih dekat daripada 27,500 km dari permukaan bumi dan kejadian meteor di Russia tidak berkaitan antara satu sama lain. 


                          

                          sumber: CNN

No comments:

Post a Comment

Please feel free to leave your comments, questions, and suggestions.

Powered by Blogger.